mentari yang duhulunya sungguh riang menyinar, kini ia sudah tiada. suasana suram kembali datang.
daun2 yang dahulunya menghijau, kini ia mula kekuningan dan berguguran ke tanah, sehelai demi sehelai.
cuaca panas yang dahulunya sungguh selesa, kini ia bertukar menjadi sejuk yang mencucuk ke tulang.
itulah perubahan musim yang telah ditetapkan Ilahi.
namun..
biarlah hati ini sentiasa bersinar, jangan sesekali ia suram.
Hidup ini tidak seperti air yang diletakkan di dalam besen yang diletakkan di dalam rumah, sentiasa tenang.
Sebaliknya, ia seperti air di tasik. Kadangkala ia tenang, kadangkala ia berkocak ditiup angin dan juga disebabkan ikan-ikan yang berenang-renang di dalamnya.
Seringkali kita akan berasa sungguh tenang apabila tiada dugaan yang melanda hidup kita. Tetapi, bagaimanakah reaksi kita apabila musibah itu datang melanda hidup kita yang sedang asyik menikmati ketenangan itu?
Ingatlah wahai diriku dan sahabat-sahabat sekalian, setiap dugaan yang didatangi olehNya itu disertai dengan hikmah-hikmahnya yang tersendiri. Allah tidak akan menimpakan sesuatu dengan sia-sia, semuanya ada tujuan. Mungkin sebelum ini kita kurang mengingatiNya, kita lebih memikirkan hal-hal dunia. Lalu ujian-ujian itu ditimpakan kepada kita supaya kita lebih mengingati sang Pencipta kita. Mungkin juga ujian itu ditampakan atas balasan perbuatan kita yang kurang baik sesama manusia. Dugaan-dugaan itu juga adalah untuk menguji tahap keimanan kita, dan sejauh mana kita mampu bersabar menghadapinya. Seperti yang telah dikatakan olehNya didalam surah Muhammad ayat ke 31;
“Dan sungguh, Kami benar-benar akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar diantara kamu; dan Kami akan uji perihal kamu.”
(47:31)
marilah kita sentiasa bermuhasabah diri kita, dan sentiasalah mengingati Allah dalam apa jua keadaan tanpa mengira waktu dan tempat. Bukanlah hanya mengingati Allah ketika waktu-waktu sukar itu sahaja, melupakanNya apabila senang. Senang itu juga nikmat yang dikurniakan olehNnya juga. Ayuh!
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
tinggal lebih kurang 5 jam sahaja lg untuk meniggalkan apt 149 merrion village ini selama hampir 4 bulan ^_^. suka hati la pulak...hehe..x sabarnya nk balik!! bnyk benda yang sedang menanti di rumah.surprise! bestnye~~ hmm..sepatutnya waktu sekarang aku dh tido, td bukan main semangat lg nk tido pkol 9, sbb esok kne kuar umah pkol 4 am.tp skrg dh hampir pkol 11 mlm! haish~ risau la plak nk tido, takut terlewat bangun. tp kalau x tido sgt lah penat nnt memandangkan pkol 9mlm 25hb baru la aku dijadualkan tiba dirumah insyaAllah. bape jam? ntah la. cube lah kire sendiri..hehe..
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
sungguh pantas masa berlalu. esok merupakan hari terakhir di dublin, sebelum berangkat ke malaysia. sukar untuk dipercayai, 2 hari lg aku akan bersama keluarga kembali, insyaAllah. dikelilingi oleh mak dan ayah serta adik2 yang semakin membesar. adik sudah darjah satu. x sabar nk tengok dia ke sekolah. ^__^ semoga dipermudahkan perjalanan pulang dan dihindari segala bencana.amin..
beberapa hari lepas, alhamdulillah telah diberi peluang untuk berjalan2 di kota London. sehari sebelum ke london, aku merasakan sungguh berat hatiku untuk ke sana. tidak pasti apa yang aku cari di sana. jika sebelum ini aku berjaulah ke spain dan turkey untuk meneroka kisah2 Islam di sana,tp di london, apa yang aku cari? tapi aku cuba memujuk hati untuk meneruskan juga ke sana, memandangkan semuanya telah diuruskan dan dirancang. aku cuba mencari manfaat2 yang bakal aku peroleh disana. cuba menenang hati yang resah. alhamdulillah.. akhirnya aku sudah pun melalui hari2 di london dengan selamatnya. Allah akan berikan apa yang kita cari..semuanya bergantung kepada niat kita.alhamdulillah. =) pulang ke dublin, hatiku melonjak riang menghitung hari2 yang tinggal sebelum aku bertolak balik ke malaysia.. x sabar rasanya..
semoga hari2 di malaysia nanti dapat dimanfaatkan sepenuhnya. dan semoga segala-galanya dipermudahkan insyaAllah. banyak perkara yang perlu dilakukan. semoga aku tidak menjadi futur seperti tahun lalu. selamat bermujahadah!
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
cuti oh cuti, alhamdulillah sudah 3 hari exam selesai. sekarang aku hanya mampu b erdoa dan bertawakkal kepadaNya, semoga semunya ok, walaupun exam kali ini sangat lah mencabar. huhuhu..
aku hanya ada 2 minggu di dublin aftr exam, b4 blik malaysia. dulu terasa 2 minggu itu sangatlah lama, rase macam nk blik malaysia right aftr exam je.huhu.. tp rupa-rupanya, 2 minggu itu sangat lah singkat, banayk benda yang perlu dilakukan b4 balik. bila tengok balik calendar,,wah, full!! next week will be going to london insyaAllah. setelah 2 tahun kt cni, ni la baru berpeluang nk ke london. sebelum ni dah bnyk kali sampai london, tp kt airport je.hoho..
mengenangkan hari2 yang masih ada di dublin ini, terasa sedih pula nk blik. terasa berdebar-debar pon ada nk balik malaysia. mengenangkan summer last year aku gagal mengawal diriku, begitu mudah rapuh. benteng yang dibina tidaklah begitu teguh.huhu.. bagaimana pula kali ini? sudah kukuhkah benteng itu? ya Allah, berikanlah aku kekuatan..semoga aku terus tsabat dijalan ini.amin..
tp aku sangat rindukan mak ayah adik2 sume..wuaaaaaaa!!! rasa macam nk terbang blik sekarang pon ade..huhuhuhu..
Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Penyayang..
sejak kebelakangan ini, aku asyik terkenangkan seseorang yang pernah muncul dalam hidupku, yang sangat bermakna buat diriku. mungkin kita akan dipertemukan lagi insyaAllah..perkenalan kami hanyalah beberapa bulan, tapi aku dapat rasakan ukhuwwah yang terbina sangat erat, sangat manis.
Dia sangat mengambil berat akan diriku, dan juga rakan-rakanku juga. Dia cuba mendekatiku.. aku tidak menolak, tapi aku tidak pandai untuk melahirkan perasaanku dengan perbuatan, atau dengan kata2. ia hanya tersimpan dan terbuku dihatiku. tidak mampu untuk aku luahkan. Dia sungguh sabar melayan kerenahku, kenakalanku, kedegilanku..
aku sangat sayangkannya, tapi aku tidak pernah melafazkannya.
aku sentiasa ingin beliau disisiku, namun tak pernah aku pinta.
aku ingin berkongsi cerita dengannya, tapi aku tidak berani.
lidahku kelu, tidak mampu diucapkan apa yang terbuku dihati.
sungguhku kesali kerana masa bersamanya yang terlalu singkat itu tidak dapat aku gunakan sebaik-baiknya..
namun kini, dia sudah tiada disisiku. sudah setahun dia meninggalkanku. walau dia berada jauh dimata, namun dia tetap dihatiku..
kurindukan senyumannya,
kurindukan kata2 nasihat dan semangat darinya,
kurindukan pelukannya,
kurindukan segala-galanya tentang dirinya..
kadangkala aku tertanya-tanya, siapalah aku dimatanya? mungkin hanyalah seorang kanak-kanak yang pendiam, yang degil, yang hanya ingin didunianya sendiri..huhu
semoga kita akan dipertemukan lagi di masa hadapan InsyaAllah..
maafkanku diatas segala kesilapan dan kekurangan diriku..
love u so much kak tehah!! this song is specially dedicated to you.. =)
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
usah diungkit kembali..usah disebut lagi..usah difikirkan kembali..jahiliyyah itu..harus dibuang sejauh-jauhnya. bukan senang mahu membuang jahiliyyah2 yang ada pada diri. karat2 jahiliyyah itu sungguh degil sekali untuk ditanggalkan. bila dah berjaya buang, usahlah kita mengingatinya kembali, risau ia akan kembali "membiak" lagi.
jika dahulu, aku masih lagi ragu2 untuk mengikis jahiliyyah yang ada. kenapa? kerana ia sudah sebati dengan hidup? kerana sudah biasa melakukannya? kerana orang lain pun melakukannya? masih sayang pada jahiliyyah itu? sedikit demi sedikit, aku cuba sedaya upaya untuk mengikis karat2 yang sunguh tebal itu. sungguh sukar sekali. hampir berputus asa melakukannya. dan aku melakukannya dengan sangat perlahan, masih sayang mahu meninggalkan semua itu. astaghfirullah..
tapi, sampai bila aku nak buat dengan perlahan-lahan? belum sempat karat lama hilang sepenuhnya, karat baru pula muncul..peringatan buat diruku yang masih bermain-main ini,karat2 jahiliyyah itu perlu disental sekuat-kuatnya! dibuang jauh-jauh.. dan usah dikenang kembali.. mulakan hidup baru tanpa jahiliyyah-jahiliyyah itu..berjuanglah bersungguh-sungguh melakukannya..
alhamdulillah..spring camp 2010 telah selamat dijalankan selama 3 hari 2 malam di Newsgrange Lodge,Drogheda. sangat banyak benda yang mengetuk diri ini yang hampir terlena seketika atau sudah pon terlena. ya Allah..ampunilah aku diatas kelekaan aku selama ini..
sebelum ke spring camp, aku masih samar2 apa yang akan aku perolehi disana, tidak ada semangat yang membuak-buak seperti rakan2 seperjuangan lain. diri ini seringkali disibukkan dengan hal2 dunia. tapi, aku cuba membangkitkan semangat dan aku yakin, banyak benda yang Allah mahu berikan kepadaku, melalui ustaz dan kakak2.
alhamdulillah3. apa yang disampaikan oleh ustaz kali ini sangatlah membuka mata dan hatiku yang hampir tertutup barangkali walaupon ini kali kedua aku mendengarnya semasa di SC09 dahulu. AD-DEEN..kefahaman dalam islam. inilah konsep pokok yang sangat penting dan perlu difahami oleh kita yang bergelar umat Islam ini. kita sekarang sibuk membicarakan cabang2nya dan sering bertelagah sesama sendiri mengenai hal2 cabang@furu' ini, padahal DEEN kita bagaimana?
aku sangat tertarik akan sebuah artikel kot, sajak ke, ntah la, tp sangat mengetuk diri ini, yg dicopy dr muntalaq.wordpress.com
Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.
Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.
Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.
Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.
Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami,
yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan. Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.
yang cepat mengalah,
yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara penting’ yang lain.
yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong
yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.
Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’ hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.
Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.
Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.
Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.
Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.
Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.
Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.
Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.
Cuma tanpa pencerahan, Tanpa tarbiyyah, Tanpa dakwah Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.
Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Dakwah tak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.
Berbahagialah seadanya.
ya Allah, semoga aku terus thabat dijalan dakwah dan tarbiyyah ini..
pagi yang cerah..pagi yang indah..alhamdulillah aku masih lagi diberi peluang oleh Nya untuk bernafas hingga hari ini,peluang untuk menghirup udara yang segar di pagi ini. alhamdulillah usiaku masih lagi dipanjangkan olehNya. usia yang dikurniakan kepada hamba-hambaNya yang digunakan untuk mengumpul bekalan di hari Esok..
melihat status sahabatku di YM "pagi yang indah", aku terus membuka tabir jendela kamarku. subhanallah..sungguh indah pagi ini.. dari jendela kamarku ini, dapat dilihat bukit yang tidak kuketahui tempatnya itu, nun jauh disana. menara UCD yang seakan-akan lollipop, bangunan-bangunan ciptaan manusia yang lain juga. namun, bukan itu yang mencuri perhatianku..Langit cerah membiru, awan-awan berarak tenang, burung-burung berterbangan kesana-kesini, angin sepoi-sepoi bahasa meniup pohon2 kering dihadapan kamarku ini. pemandangan inilah yang sering menenangkan jiwaku yg kadang kala kusut. hanya puncak pohon kering di penghujung musim sejuk ini dapat dilihat di tingkat 4 bangunan apartment ini. dahannya melentok-lentok ditiup angin yang bertiup dengan lemahnya. angin itu juga yang kadang kala bertukar menjadi ganas, menyebabkan dahan-dahan itu kelihatan hampir patah, dan seringkali angin ganas itu menghempas jendela kamarku, mencuri masuk melalui celah-celah yg ada, hingga sejuknya menusuk tubuhku. derumannya kadang kala menakutkan aku. tidak sabar aku menunggu bunga-bunga kuning daripada pohon itu muncul. sungguh indah sekali. hanyalah jika Dia masih memberi aku peluang untuk melihatnya lagi..
sungguh indah alam ciptaanNya ini. dan dalam alam ini terdapat banyak bukti2 kekuasaan Allah. subhanallah..
8 mac, ahad- hujan renyai2 masih turun sejak malam semalam. aku mula risau jika ahli2 lain tidak selesa dgn perancanganku ini, memandangkan tpt2 yg akan dilawati hari itu semuanya open air, kecuali barcelona stadium. namun, hanya 4 org yg berminat utk memasuki museum dan stadium tour itu. ngee~~
kemudian, kami bergerak pula ke parc guell. aku terpesona melihat bangunan yg dibina oleh Gaudi itu. taman yg sangat menarik dan indah. namun, hujan yg turn sejak pagi tadi itu telah bertukar menjadi salji. salji2 putih yg turun makin lebat dan besar2 pula ketulannya. sungguh tidak percaya snow akan turun di barcelona pada waktu begini. menurut org tempatan, itulah salji pertama selepas 5 tahun! subhanallah..dengan hanya memakai sweater nipis dan tangan yg tidak ditutupi oleh gloves, kami mggigil kesejukan yg dahsyat itu.huhuhu..seluruh taman itu diselimuti oleh salji putih yg sungguh indah pemandangannya. Allah yg berkuasa menurunkan salji di tempat dan waktu yg Dia kehendaki. Alhamdulillah, niat seorang daripada kami ini utk merasa snow buat pertama kalinya dimakbulkan oleh Allah di bumi Barcelona ini, memandangkan dia pulang ke Malaysia ketika org laen bermain2 dgn snow winter lepas. huhu..
parc guell
"sungguh mencabar hari ni" hati ku berkata. kami turut singgah sebentar di sagrada familia utk bergambar sahaja. namu tidak bnyk gambar cantik yg diperolehi kerana hampir semua lense kamera kami dikaburi oleh snow..sagrada familia, gereja yg sagt besar masih dalam pembinaan sejak lebih 100 tahun lalu, dan berpuluh2 tahun lg baru akan siap. siapa yg mereka design ini?-Gaudi lagi. umik sungguh gereja itu.
tamatlah sudah kembara barcelona selama 2 hari. kami pon pulang ke hostel utk mengambil bag dan mahu bertolak ke airport dan bermalam di airport utk menunggu flight kami ke granada pada pkol 6.30 pg. namun, memandangkan semua org sudah basah kuyup dan kesejukan, risau pula utk bermalam di airport, nnt ada yg demam pula. so kami mengmbil keputusn utk bermalam di hostel tersebut. namun, tiada pula bilik yg kosong.huhu..aku sudah mula risau, nk kne cari hostel lain pula di masa salji tgh lebat turun. tanpa berputus asa, salah seorg drpd kami bertanya lg, memandangkan staff tu bru tukar shif. kali ni. alhamdulillah, Allah menolong kami melalui abg hostel tu. melihat kami yg sedang basah dan kesejukan, dia mengizinkan kami utk mandi dan berehat di bilik single yg kosong tanpa bayaran. alhamdulillah3..air mataku menitis, x dapat menahan sebak mengenangkan pertolongan yg Allah berikan kpd kami. Allah tidak akan menguji hambaNya diluar kemampuan..
namun selepas beberapa ketika kemudian, kami menerima mesej drpd ryanair yg mengatakan flight kami ke granada telah dicancelkan. girona airport di tutup pada9 dan 10 hb krh cuaca buruk. masyaAllah..satu lagi ujian yg Allah timpakan kpd kami. panik, cemas, bimbang, sedih..perasaan bercampur baur masa tu. next plan? kami pun sepakat untk menaiki bas ke granada yg mengambil masa 12 jam, dan tiket yg berharga 79.61 euro! tidak beranni mengambli risiko utk menukar flight, risau cuaca tidak berubah.. bas bergerak pkol 12 mlm, dan waktu tu sudah pukul 9 mlm. kami mula mengemas brg dan meniggalkan hostel tersebut. waktu ni lah aku yg kegelabahan tahap maximum tidak mampu berfikir lagi. passportku dicari tidak jumpa, mula menyangka tertinggal di kedai makan td. rasa mcm nk nangis je bila terfikir passport hilang..huhu..tp rupa-rupanya, passport aku dipegang oleh receptionist td. lupa pulak..adeh~~
kami pun mula bergerak pantas ke bus station seperti yg diberitahu oleh abg hostel itu dgn menaiki metro krn xde taxi yg bekerja mlm itu. smpai shj kaunter bas di station itu, org tu ckp kami kena pegi ke staion laen lak. adeh~ salah station la plak. berlari2 lah kami mengheret luggage yg besar tu menaiki metro menuju ke station yg disebutkn itu. x sampai sejam saja tinggal sebelum bas bergerak.turun shj metro, aku dan nabila meniggalkn bag pada yg lain dan berlari ke bus station utk membeli tiket. seperti acara lari 100m aku rasa. alhamdulillah kami berjaya membli tiket dan sempat menaiki bas. macam explorace pon ade gak aku rasa.
sungguh xkusangka sebegini rupa kami diuji. pada waktu inilah kesabaran kami semua diuji. alhamdulillah semua org mampu menghadapinya dgn tabah dan sabar dan berlapang dada..jazakumullah khairan kathira kpd semua ahli kembara! kita hanyalah merancang, namun Allah yg menentukan segala galanya, dan Dialah sebaik-baik perancang..
pengembaraan ke spain telah dimulakan dengan barcelona, sebelum memjejakkan kaki ke bumi andalus. 7 dan 8 mac, berkampung di urbany hostel, yang disertai oleh 8 org anak mudi..
dengan persediaan yg tidak seberapa, aku yg telah dipertanggungjawabkan utk lead the group mulalah menjadi gelabah setelah sampai di girona airport pada malam 6 mac. maklumlah, exam baru saja abes pada 4 mac, 5 hb busy dgn benda laen. amat lah tidak cukup masa utk mengkaji tpt2 menarik dibarcelona tu. huhu...
sampai je airport, kami membeli return bus ticket to barcelona, yg berharga 21 euro. pukul 10 malam lebih, alhamdulillah kami berjaya check in di urbany hostel. i like the hostel very much! selesai settle down, kami mengisi perut yg sudah lama kosong, sambil bertaaruf utk mengenali dgn lebih dekat lagi ahli2 kembara ini. maklumlah, ada yg masih tidak kenal mengenali lagi sesama sendiri..perut sudah kenyang, niat diperbetulkan, masing2 mula mencari bantal .dengan menggunakan kemudahan wifi yg disediakan, mulalah aku mencari2 tpt yg akan kami lawati.ipod touch yg dibeli beberapa bulan yg lalu amatlah berguna pada waktu2 sebegini.hehe..orang laen sudah lama dibuai mimpi, aku masih terkial- kial membuat perancangan.
7 mac- selesai sarapan pagi, bermulalah perjalanan kami mengexplore bandar barcelona. tempat pertama yg dituju oleh kami ialah sebuah museum chocholate. semua pameran2 yg terdapat dalam museum tu adalah chocholate! terasa macam nk makan jek.hehe..
next- bergerak ke montjuic, dengan berbekalkan map yg sgt besar yg diberikan oleh abg hostel. sgt cantik tpt tu, dgn fountain yg sgt banyk, berderet-deret sehingga atas bukit. kebetulan pula pada hari tersebut ada marathon, and montjuic is the ending line. so, sgt lah ramai manusia2 di situ. huhu...kemudian kami bergerak ke montjuic castle. for the first time aku menaiki cable car. hoho..kt mesia x penah naik la plak, alhamdulillah aku diberi peluang merasa naik cable car di barcelona.hoho.. dari castle yg terletak diats bukit, pemandangan yg sungguh indah dapat kami nikmati. sungguh indah alam ciptaan Allah, subhanallah..
next- bergerak ke aquarium! it is the largest aquarium in europe tau.aku sungguh teruja melihat kehidupan laut yg pelbagai jenis dan berwarna warni itu. sungguh tenang melihat ikan2 yg tidak kukenali itu berenang-renang sambil bermain2 bersama rakan2nya itu. banyk ikan2 aneh yg tidak pernah kulihat kini berada di depan mata. itu hanyalah segelintir yg dapat manusia terokai. dan sesungguhnya, sangat banyak lagi hidupan laut yg tidak temui oleh manusia, dan sesungguhnya, didalam laut itu, terdapat sgt bnyk rahsia Allah. mashaAllah..
di tengah2 kemalasan yg melampau ini, terasa mahu menaip di sini pulak. eh silap, xde la sampai tahap melampau kot, hiperbola jek. actually tengah xde mood nk buat ape2 sekarang. huhu...
alhamdulillah, hijab fashion show berlangsung dgn lancar sekali semalam. best2! hehe.. eh, xde la nk cite pnjang lebar psal show tuh.. huhu..
hmmm..dekat2 nk exam nih, plus hal2 yg perlu dibuat = sgt la busy kot. just sebagai peringatan buat diri dan sahabat2 sekalian, ditengah2 kita busy menjalankan kehidupan di dunia ini, janganlah kita lupa sebab kita buat sesuatu benda itu. betulkan niat masing2 balik, semua yg kita buat adalah kerana Allah.. kalau sesuatu perkara yg kita buat tu rasa semacam jek bila nk kata sebab kerana Allah, check la balik sama ada perkara yang kita buat itu betul atau pon tidak..Allah suka ke? amatlah rugi jika kita study penat2 hanya kerana exam..exam je la yg kita dapat or maybe result yg ok sket.. tp kalau lah niat kerana Allah, dua2 pon dapat, result best dan pahala dari Allah, both dunia dan akhirat insyaAllah.. dan setiap perkara yang kita lakukan, hendaklah kita mengharapkan keredhaan dari Nya, bukanlah hanya utk memuaskan hati manusia sahaja. mana lagi penting? teringat sharing drpd sorang adik ni time usrah hari tu. sebanyak mana pon amalan yg kta lakukan, tp x diredhai Allah, x kan dpt masok syurga. so, marilah kita sama2 betolkan niat masing2, dan semoga amalan kita diberkati Allah. bak kata kem komanden SH kita ( cik FA) " apa yang penting? mardhatillah.." =) I like!~
sori lah post ni bercampur aduk lak..adeh~ perlu belajar utk menyusun kata2, agar mesej dapat disampaikan dgn baik, kang nnt ade yg salah faham lak. =p
mood sekarang nih tgh terkejut lg n risau. risau memikirkan masa yang tinggal utk study b4 mid term exam cardiovascular disease n oncology. 3 n 4 mac ni je..next week!! grrr...cuaknye.. tp sempat lak mengisi masa kt cni yek..mashitah! bile nk insaf nih??!! terasa busy lak minggu ni. baru je hajat di hati nk study btol2 weekdays ni sbb weekend nih ade "xtvt special".hehe..tp...alangkah malangnye hajat itu tidak kesampaian..malam nih dh spent mase borak2, pasnih nk kne gulung popiah utk halal food fest lak..adeh~ lame gak tu nk gulung2 tu. hati berkata "xpe2, mlm ni je, esok xyah makan bnyk2, makan cepat2 pastu trus blik umah study" hoho..bagus btol. tp...selepas membaca msg from ***** td, rasa cam nk pengsan. msg itu berbunyi" tahniah, ada terpilih utk menjadi model menjadi model utk multicultural show khamis ni......" tidak!!!!!!!!!!!!!!! baru je x nk pegy langsung show tu..huhu...x sampai hati lak nk cakap x boleh sbb tgh xde org..hhuhu..tp xde la segan sgt sbb sume girls! huhu...xpe2.. ni mengajar aku utk lebih menghargai masa yg ada...huhuhu... ok! rumate dh panggil utk gulung popia. intinya dah siap dimasak..baek2! jom gulung dgn pantas!
"dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredhaan Allah semata-mata dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia dan janganlah engkau mematuhi orang yang kami ketahui hatinya lalai daripada menngingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam al Quran, serta dia menurut hawa nafsunya dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran."
ingatan buat diri sendiri juga. hmm..sudah terang lagi bersuluh, Allah telah menyuruh kita untuk berdampingan dgn org2 yg sentiasa mengingati Allah, bukan menjauhi org2 ini. kalau kita selalu berdampingan dgn mereka, insyaAllah kita pon akan terikut-ikut dengan mereka. merekalah yang diharapkan untuk menegur perbuatan kita yang kadang2 kita x sedar macam x betul sikit, ada yang x kena, terus-terusan melakukan maksiat. kita ni kan mudah lupa, kena selalu diperingatkan.
analoginya, kalau kita berkawan or tinggal dengan org yang membuat perfume, mestila kita pon akan terlekat sikit bau2 wanginya tu. berbeza pula kalau kita tinggal dengan org yg membuat besi, bau wangi ke yg melekat kat kita? (bukan nk hina org yang buat besi, hanyalah sebagai contoh.huhu..)
berbalik kepada ayat tadi, Allah juga dah pesan kepada kita, jangan menjauhi golongan itu, semata-mata nk menikmati kesenangan dunia ni. kadang2 kita sengaja nk menjauhi mereka sebab nanti x boleh la nk buat sesuatu sesuka hati, asyik tegur je... ni perkara yang selalu terjadi..huhu.. marilah kita sama2 memperbaiki diri..
salam alaik.. wah3..sudah lama blog ini ditinggalkan..atually baru je di activate blik setelah beberapa minggu deactivated..hehe..tetiba terasa cam nk menaip kt cni jugak..
1 hari saje lg tinggal..grand QC akan menyusul pada hari sabtu dan ahad ini..semua orang begitu tekun melakukan preparation yg mantap itu..chaiyok sisters! terasa sangat busy minggu ini sbb kerjaku baru boleh start sekarang..dengan study yg nk kena catch up lg..dh la esok ada tutorial, tp x abes prepare lg, sempat pulak aku menaip2 kt cni..adeh~ banyak pula dugaan yg datang minggu nih..bertalu2..semuanya menguji tahap keimanan dan kesabaranku..aku tidak boleh berpatah balik, mesti pandang ke hadapan. yakin lah dengan tindakan yg telah diambil. mengapa aku perlu ragu2 lagi?. ya Allah, janganlah Engkau bolak balikkn hatiku ini..istiqamahlah hatiku dijaln yg benar..
segala ujian dan cabaran ini hanyalah seperti duri2 diatas rumput. apabila berjalan diatasnya tanpa kasut. nk mnyeberangi kawasan berduri itu sungguh sukar kalau xde kasut. sungguh pedih.. kasut yg baik sgt penting..apela yg merepek nih..tp ade betolnye jugak. yg penting niat yg betol! kalau niat x betol, bta kerja bukan kerana Allah, mmg terasa kerja ni membebankan, penat, dan macam2 lagi..
berbalik kepada grand QC atau nama biasanya shahadatul haq ini sangat besar ertinya kepadaku. dan kepada semua org jugak. pengisian yg sangat berat bagiku. tapi harap2 adik2 semua boleh bertahan, jangan give up! kita boleh buat!! semoga perjalanan program ini berjalan dgn lancar sekali. tema SH kali ini: sebaris kalimah untuk diterjemah.syahadatul haq. memang pendek kalimah tu, tp sangat berat! tapi kalau berat, tidak bermakna kita tidak boleh memikulnya. itu satu kewajipan! mesti buat! bila fikir balik preparation diri utk program tu, hmmm..risau pulak bila difikirkan. buku SH x abes bace lg! cepat mashitah! dan lagi satu, kena betulkan niat..ya betulkan niat! peringatan buat diriku dan sisters lain, ditengah2 kita sibuk menguruskan program ini, janganlah kita lupa hubngan kita dgn Allah. semoga usaha kita ini mendapat keberkatan..ameen..