Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
usah diungkit kembali..usah disebut lagi..usah difikirkan kembali..jahiliyyah itu..harus dibuang sejauh-jauhnya. bukan senang mahu membuang jahiliyyah2 yang ada pada diri. karat2 jahiliyyah itu sungguh degil sekali untuk ditanggalkan. bila dah berjaya buang, usahlah kita mengingatinya kembali, risau ia akan kembali "membiak" lagi.
jika dahulu, aku masih lagi ragu2 untuk mengikis jahiliyyah yang ada. kenapa? kerana ia sudah sebati dengan hidup? kerana sudah biasa melakukannya? kerana orang lain pun melakukannya? masih sayang pada jahiliyyah itu? sedikit demi sedikit, aku cuba sedaya upaya untuk mengikis karat2 yang sunguh tebal itu. sungguh sukar sekali. hampir berputus asa melakukannya. dan aku melakukannya dengan sangat perlahan, masih sayang mahu meninggalkan semua itu. astaghfirullah..
tapi, sampai bila aku nak buat dengan perlahan-lahan? belum sempat karat lama hilang sepenuhnya, karat baru pula muncul..peringatan buat diruku yang masih bermain-main ini,karat2 jahiliyyah itu perlu disental sekuat-kuatnya! dibuang jauh-jauh.. dan usah dikenang kembali.. mulakan hidup baru tanpa jahiliyyah-jahiliyyah itu..berjuanglah bersungguh-sungguh melakukannya..
ya Allah..berikanlah aku kekuatan..





No comments:
Post a Comment