Sunday, April 25, 2010

missing her so much..

Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Penyayang..


sejak kebelakangan ini, aku asyik terkenangkan seseorang yang pernah muncul dalam hidupku, yang sangat bermakna buat diriku. mungkin kita akan dipertemukan lagi insyaAllah..perkenalan kami hanyalah beberapa bulan, tapi aku dapat rasakan ukhuwwah yang terbina sangat erat, sangat manis.
Dia sangat mengambil berat akan diriku, dan juga rakan-rakanku juga. Dia cuba mendekatiku.. aku tidak menolak, tapi aku tidak pandai untuk melahirkan perasaanku dengan perbuatan, atau dengan kata2. ia hanya tersimpan dan terbuku dihatiku. tidak mampu untuk aku luahkan. Dia sungguh sabar melayan kerenahku, kenakalanku, kedegilanku..


aku sangat sayangkannya, tapi aku tidak pernah melafazkannya.
aku sentiasa ingin beliau disisiku, namun tak pernah aku pinta.
aku ingin berkongsi cerita dengannya, tapi aku tidak berani.
lidahku kelu, tidak mampu diucapkan apa yang terbuku dihati.
sungguhku kesali kerana masa bersamanya yang terlalu singkat itu tidak dapat aku gunakan sebaik-baiknya..
namun kini, dia sudah tiada disisiku. sudah setahun dia meninggalkanku. walau dia berada jauh dimata, namun dia tetap dihatiku..


kurindukan senyumannya,
kurindukan kata2 nasihat dan semangat darinya,
kurindukan pelukannya,
kurindukan segala-galanya tentang dirinya..
kadangkala aku tertanya-tanya, siapalah aku dimatanya? mungkin hanyalah seorang kanak-kanak yang pendiam, yang degil, yang hanya ingin didunianya sendiri..huhu
semoga kita akan dipertemukan lagi di masa hadapan InsyaAllah..
maafkanku diatas segala kesilapan dan kekurangan diriku..


love u so much kak tehah!!
this song is specially dedicated to you.. =)
   

Saturday, April 17, 2010

usah diungkit kembali..


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

usah diungkit kembali..usah disebut lagi..usah difikirkan kembali..jahiliyyah itu..harus dibuang sejauh-jauhnya. bukan senang mahu membuang jahiliyyah2 yang ada pada diri. karat2 jahiliyyah itu sungguh degil sekali untuk ditanggalkan. bila dah berjaya buang, usahlah kita mengingatinya kembali, risau ia akan kembali "membiak" lagi. 

jika dahulu, aku masih lagi ragu2 untuk mengikis jahiliyyah yang ada. kenapa? kerana ia sudah sebati dengan hidup? kerana sudah biasa melakukannya? kerana orang lain pun melakukannya? masih sayang pada jahiliyyah itu? sedikit demi sedikit, aku cuba sedaya upaya untuk mengikis karat2 yang sunguh tebal itu.  sungguh sukar sekali. hampir berputus asa melakukannya. dan aku melakukannya dengan sangat perlahan, masih sayang mahu meninggalkan semua itu. astaghfirullah..

tapi, sampai bila aku nak buat dengan perlahan-lahan? belum sempat karat lama hilang sepenuhnya, karat baru pula muncul..peringatan buat diruku yang masih bermain-main ini,karat2 jahiliyyah itu perlu disental sekuat-kuatnya! dibuang jauh-jauh.. dan usah dikenang kembali.. mulakan hidup baru tanpa jahiliyyah-jahiliyyah itu..berjuanglah bersungguh-sungguh melakukannya..

ya Allah..berikanlah aku kekuatan..




Tuesday, April 6, 2010

spring camp eire 2010

alhamdulillah..spring camp 2010 telah selamat dijalankan selama 3 hari 2 malam di Newsgrange Lodge,Drogheda. sangat banyak benda yang mengetuk diri ini yang hampir terlena seketika atau sudah pon terlena. ya Allah..ampunilah aku diatas kelekaan aku selama ini..

sebelum ke spring camp, aku masih samar2 apa yang akan aku perolehi disana, tidak ada semangat yang membuak-buak seperti rakan2 seperjuangan lain. diri ini seringkali disibukkan dengan hal2 dunia. tapi, aku cuba membangkitkan semangat dan aku yakin, banyak benda yang Allah mahu berikan kepadaku, melalui ustaz dan kakak2. 

alhamdulillah3. apa yang disampaikan oleh ustaz kali ini sangatlah membuka mata dan hatiku yang hampir tertutup barangkali walaupon ini kali kedua aku mendengarnya semasa di SC09 dahulu. AD-DEEN..kefahaman dalam islam. inilah konsep pokok yang sangat penting dan perlu difahami oleh kita yang bergelar umat Islam ini. kita sekarang sibuk membicarakan cabang2nya dan sering bertelagah sesama sendiri mengenai hal2 cabang@furu' ini, padahal DEEN kita bagaimana?

aku sangat tertarik akan sebuah artikel kot, sajak ke, ntah la, tp sangat mengetuk diri ini, yg dicopy dr muntalaq.wordpress.com

Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.

Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.

Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.


Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak. 
Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.

Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami,


yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan. Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.

yang cepat mengalah,

yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara penting’ yang lain.

yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong

yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.


Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’ hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.

Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute
Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.

Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.

Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.


Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.

Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.

Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.

Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.

Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.

Cuma tanpa pencerahan, Tanpa tarbiyyah, Tanpa dakwah Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.

Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Dakwah tak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.

Berbahagialah seadanya.


ya Allah, semoga aku terus thabat dijalan dakwah dan tarbiyyah ini..
   
 
Copyright the butterfly 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .