Sunday, March 21, 2010

pagi yang indah.. ^_^

pagi yang cerah..pagi yang indah..alhamdulillah aku masih lagi diberi peluang oleh Nya untuk bernafas hingga hari ini,peluang untuk menghirup udara yang segar di pagi ini. alhamdulillah usiaku masih lagi dipanjangkan olehNya. usia yang dikurniakan kepada hamba-hambaNya yang digunakan untuk mengumpul bekalan di hari Esok..

melihat status sahabatku di YM "pagi yang indah", aku terus membuka tabir jendela kamarku. subhanallah..sungguh indah pagi ini.. dari jendela kamarku ini, dapat dilihat bukit yang tidak kuketahui tempatnya itu, nun jauh disana. menara UCD yang seakan-akan lollipop, bangunan-bangunan ciptaan manusia yang lain juga. namun, bukan itu yang mencuri perhatianku..Langit cerah membiru, awan-awan berarak tenang, burung-burung berterbangan kesana-kesini, angin sepoi-sepoi bahasa meniup pohon2 kering dihadapan kamarku ini. pemandangan inilah yang sering menenangkan jiwaku yg kadang kala kusut. hanya puncak pohon kering di penghujung musim sejuk ini dapat dilihat di tingkat 4 bangunan apartment ini. dahannya melentok-lentok ditiup angin yang bertiup dengan lemahnya. angin itu juga yang kadang kala bertukar menjadi ganas, menyebabkan dahan-dahan itu kelihatan hampir patah, dan seringkali angin ganas itu menghempas jendela kamarku, mencuri masuk melalui celah-celah yg ada, hingga sejuknya menusuk tubuhku. derumannya kadang kala menakutkan aku. tidak sabar aku menunggu bunga-bunga kuning daripada pohon itu muncul. sungguh indah sekali. hanyalah jika Dia masih memberi aku peluang untuk melihatnya lagi..

sungguh indah alam ciptaanNya ini. dan dalam alam ini terdapat banyak bukti2 kekuasaan Allah. subhanallah..

Tuesday, March 16, 2010

Barcelona! day 2


8 mac, ahad- hujan renyai2 masih turun sejak malam semalam. aku mula risau jika ahli2 lain tidak selesa dgn perancanganku ini, memandangkan tpt2 yg akan dilawati hari itu semuanya open air, kecuali barcelona stadium. namun, hanya 4 org yg berminat utk memasuki museum dan stadium tour itu. ngee~~ 



kemudian, kami bergerak pula ke parc guell. aku terpesona melihat bangunan yg dibina oleh Gaudi itu. taman yg sangat menarik dan indah. namun, hujan yg turn sejak pagi tadi itu telah bertukar menjadi salji. salji2 putih yg turun makin lebat dan besar2 pula ketulannya. sungguh tidak percaya snow akan turun di barcelona pada waktu begini. menurut org tempatan, itulah salji pertama selepas 5 tahun! subhanallah..dengan hanya memakai sweater nipis dan tangan yg tidak ditutupi oleh gloves, kami mggigil kesejukan yg dahsyat itu.huhuhu..seluruh taman itu diselimuti oleh salji putih yg sungguh indah pemandangannya. Allah yg berkuasa menurunkan salji di tempat dan waktu yg Dia kehendaki. Alhamdulillah, niat seorang daripada kami ini utk merasa snow buat pertama kalinya dimakbulkan oleh Allah di bumi Barcelona ini, memandangkan dia pulang ke Malaysia ketika org laen bermain2 dgn snow winter lepas. huhu..






parc guell


"sungguh mencabar hari ni" hati ku berkata. kami turut singgah sebentar di sagrada familia utk bergambar sahaja. namu tidak bnyk gambar cantik yg diperolehi kerana hampir semua lense kamera kami dikaburi oleh snow..sagrada familia, gereja yg sagt besar masih dalam pembinaan sejak lebih 100 tahun lalu, dan berpuluh2 tahun lg baru akan siap. siapa yg mereka design ini?-Gaudi lagi. umik sungguh gereja itu. 


tamatlah sudah kembara barcelona selama 2 hari. kami pon pulang ke hostel utk mengambil bag dan mahu bertolak ke airport dan bermalam di airport utk menunggu flight kami ke granada pada pkol 6.30 pg. namun, memandangkan semua org sudah basah kuyup dan kesejukan, risau pula utk bermalam di airport, nnt ada yg demam pula. so kami mengmbil keputusn utk bermalam di hostel tersebut. namun, tiada pula bilik yg kosong.huhu..aku sudah mula risau, nk kne cari hostel lain pula di masa salji tgh lebat turun. tanpa berputus asa, salah seorg drpd kami bertanya lg, memandangkan staff tu bru tukar shif. kali ni. alhamdulillah, Allah menolong kami melalui abg hostel tu. melihat kami yg sedang basah dan kesejukan, dia mengizinkan kami utk mandi dan berehat di bilik single yg kosong tanpa bayaran. alhamdulillah3..air mataku menitis, x dapat menahan sebak mengenangkan pertolongan yg Allah berikan kpd kami. Allah tidak akan menguji hambaNya diluar kemampuan..

namun selepas beberapa ketika kemudian, kami menerima mesej drpd ryanair yg mengatakan flight kami ke granada telah dicancelkan. girona airport di tutup pada9 dan 10 hb krh cuaca buruk. masyaAllah..satu lagi ujian yg Allah timpakan kpd kami. panik, cemas, bimbang, sedih..perasaan bercampur baur masa tu. next plan? kami pun sepakat untk menaiki bas ke granada yg mengambil masa 12 jam, dan tiket yg berharga 79.61 euro! tidak beranni mengambli risiko utk menukar flight, risau cuaca tidak berubah.. bas bergerak pkol 12 mlm, dan waktu tu sudah pukul 9 mlm. kami mula mengemas brg dan meniggalkan hostel tersebut. waktu ni lah aku yg kegelabahan tahap maximum tidak mampu berfikir lagi. passportku dicari tidak jumpa, mula menyangka tertinggal di kedai makan td. rasa mcm nk nangis je bila terfikir passport hilang..huhu..tp rupa-rupanya, passport aku dipegang oleh receptionist td. lupa pulak..adeh~~

kami pun mula bergerak pantas ke bus station seperti yg diberitahu oleh abg hostel itu dgn menaiki metro krn xde taxi yg bekerja mlm itu. smpai shj kaunter bas di station itu, org tu ckp kami kena pegi ke staion laen lak. adeh~ salah station la plak. berlari2 lah kami mengheret luggage yg besar tu menaiki metro menuju ke station yg disebutkn itu. x sampai sejam saja tinggal sebelum bas bergerak.turun shj metro, aku dan nabila meniggalkn bag pada yg lain dan berlari ke bus station utk membeli tiket. seperti acara lari 100m aku rasa. alhamdulillah kami berjaya membli tiket dan sempat menaiki bas. macam explorace pon ade gak aku rasa. 

sungguh xkusangka sebegini rupa kami diuji. pada waktu inilah kesabaran kami semua diuji. alhamdulillah semua org mampu menghadapinya dgn tabah dan sabar dan berlapang dada..jazakumullah khairan kathira kpd semua ahli kembara! kita hanyalah merancang, namun Allah yg menentukan segala galanya, dan Dialah sebaik-baik perancang..
pengalaman yg tidak dapat dilupakan..

next-andalusia!











barcelona! -day 1

pengembaraan ke spain telah dimulakan dengan barcelona, sebelum memjejakkan kaki ke bumi andalus.  7 dan 8 mac, berkampung di urbany hostel, yang disertai oleh 8 org anak mudi..


dengan persediaan yg tidak seberapa, aku yg telah dipertanggungjawabkan utk lead the group mulalah menjadi gelabah setelah sampai di girona airport pada malam 6 mac. maklumlah, exam baru saja abes pada 4 mac, 5 hb busy dgn benda laen. amat lah tidak cukup masa utk mengkaji tpt2 menarik dibarcelona tu. huhu...


sampai je airport, kami membeli return bus ticket to barcelona, yg berharga 21 euro. pukul 10 malam lebih, alhamdulillah kami berjaya check in di urbany hostel. i like the hostel very much! selesai settle down, kami mengisi perut yg sudah lama kosong, sambil bertaaruf utk mengenali dgn lebih dekat lagi ahli2 kembara ini. maklumlah, ada yg masih tidak kenal mengenali lagi sesama sendiri..perut sudah kenyang, niat diperbetulkan, masing2 mula mencari bantal .dengan menggunakan kemudahan wifi yg disediakan, mulalah aku mencari2 tpt yg akan kami lawati.ipod touch yg dibeli beberapa bulan yg lalu amatlah berguna pada waktu2 sebegini.hehe..orang laen sudah lama dibuai mimpi, aku masih terkial- kial membuat perancangan. 


7 mac-  selesai sarapan pagi, bermulalah perjalanan kami mengexplore bandar barcelona. tempat pertama yg dituju oleh kami ialah sebuah museum chocholate. semua pameran2 yg terdapat dalam museum tu adalah chocholate! terasa macam nk makan jek.hehe..




next- bergerak ke montjuic, dengan berbekalkan map yg sgt besar yg diberikan oleh abg hostel. sgt cantik tpt tu, dgn fountain yg sgt banyk, berderet-deret sehingga atas bukit. kebetulan pula pada hari tersebut ada marathon, and montjuic is the ending line. so, sgt lah ramai manusia2 di situ. huhu...kemudian kami bergerak ke montjuic castle. for the first time aku menaiki cable car. hoho..kt mesia x penah naik la plak, alhamdulillah aku diberi peluang merasa naik cable car di barcelona.hoho.. dari castle yg terletak diats bukit, pemandangan yg sungguh indah dapat kami nikmati. sungguh indah alam ciptaan Allah, subhanallah..




next- bergerak ke aquarium! it is the largest aquarium in europe tau.aku sungguh teruja melihat kehidupan laut yg pelbagai jenis dan berwarna warni itu. sungguh tenang melihat ikan2 yg tidak kukenali itu berenang-renang sambil bermain2 bersama rakan2nya itu. banyk ikan2 aneh yg tidak pernah kulihat kini berada di depan mata. itu hanyalah segelintir yg dapat manusia terokai. dan sesungguhnya, sangat banyak lagi hidupan laut yg tidak temui oleh manusia, dan sesungguhnya, didalam laut itu, terdapat sgt bnyk rahsia Allah. mashaAllah..






8 mac- to be continued..
 
Copyright the butterfly 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .