RSS

Wednesday, November 3, 2010

Nak balik!!

Tetibe terasa Homesick. Dikala kebizian utk exam lg 2 paper next week. Huhuhu.. Terasa seperti nak balik sekarang jugak! Aaaaaaa!!! Mak......

Semoga banjir yg melanda itu kembali reda.. Nak call mak tp phone mak xckop bateri, xbleh nk Charge sbb xde bekalan electric .. Huhuhu... Sedihnye!!!

Nak balik!!!

Ya Allah, berikanlah ketenangan utk hatiku yg sedang gundah gulana ini.. Huhu T__T

Sunday, October 24, 2010

hidup ini..



bismillah..

mentari yang duhulunya sungguh riang menyinar, kini ia sudah tiada. suasana suram kembali datang.
daun2 yang dahulunya menghijau, kini ia mula kekuningan dan berguguran ke tanah, sehelai demi sehelai.
cuaca panas yang dahulunya sungguh selesa, kini ia bertukar menjadi sejuk yang mencucuk ke tulang.

itulah perubahan musim yang telah ditetapkan Ilahi. 

namun..

biarlah hati ini sentiasa bersinar, jangan sesekali ia suram. 

Hidup ini tidak seperti air yang diletakkan di dalam besen yang diletakkan di dalam rumah, sentiasa tenang.
Sebaliknya, ia seperti air di tasik. Kadangkala ia tenang, kadangkala ia berkocak ditiup angin dan juga disebabkan ikan-ikan yang berenang-renang di dalamnya.

Seringkali kita akan berasa sungguh tenang apabila tiada dugaan yang melanda hidup kita. Tetapi, bagaimanakah reaksi kita apabila musibah itu datang melanda hidup kita yang sedang asyik menikmati ketenangan itu?

 Ingatlah wahai diriku dan sahabat-sahabat sekalian, setiap dugaan yang didatangi  olehNya itu disertai dengan hikmah-hikmahnya yang tersendiri. Allah tidak akan menimpakan sesuatu dengan sia-sia, semuanya ada tujuan. Mungkin sebelum ini kita kurang mengingatiNya, kita lebih memikirkan hal-hal dunia. Lalu ujian-ujian itu ditimpakan kepada kita supaya kita lebih mengingati sang Pencipta kita.  Mungkin juga ujian itu ditampakan atas balasan perbuatan kita yang kurang baik sesama manusia. Dugaan-dugaan itu juga adalah untuk menguji tahap keimanan kita, dan sejauh mana kita mampu bersabar menghadapinya. Seperti yang telah dikatakan olehNya didalam surah Muhammad ayat ke 31;

“Dan sungguh, Kami benar-benar akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar diantara kamu; dan Kami akan uji perihal kamu.”
(47:31)

marilah kita sentiasa bermuhasabah diri kita, dan sentiasalah mengingati Allah dalam apa jua keadaan tanpa mengira waktu dan tempat. Bukanlah hanya mengingati Allah ketika waktu-waktu sukar itu sahaja, melupakanNya apabila senang. Senang itu juga nikmat yang dikurniakan olehNnya juga. Ayuh! 



Sunday, May 23, 2010

last few hours in dublin

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

tinggal lebih kurang 5 jam sahaja lg untuk meniggalkan apt 149 merrion village ini selama hampir 4 bulan ^_^. suka hati la pulak...hehe..x sabarnya nk balik!! bnyk benda yang sedang menanti di rumah.surprise! bestnye~~ hmm..sepatutnya waktu sekarang aku dh tido, td bukan main semangat lg nk tido pkol 9, sbb esok kne kuar umah pkol 4 am.tp skrg dh hampir pkol 11 mlm! haish~ risau la plak nk tido, takut terlewat bangun. tp kalau x tido sgt lah penat nnt memandangkan pkol 9mlm 25hb baru la aku dijadualkan tiba dirumah insyaAllah. bape jam? ntah la. cube lah kire sendiri..hehe..

x sabarnye!!!!!

Saturday, May 22, 2010

tik tok tik tok..


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

sungguh pantas masa berlalu. esok merupakan hari terakhir di dublin, sebelum berangkat ke malaysia. sukar untuk dipercayai, 2 hari lg aku akan bersama keluarga kembali, insyaAllah. dikelilingi oleh mak dan ayah serta adik2 yang semakin membesar. adik sudah darjah satu. x sabar nk tengok dia ke sekolah. ^__^ semoga dipermudahkan perjalanan pulang dan dihindari segala bencana.amin..

beberapa hari lepas, alhamdulillah telah diberi peluang untuk berjalan2 di kota London. sehari sebelum ke london, aku merasakan sungguh berat hatiku untuk ke sana. tidak pasti apa yang aku cari di sana. jika sebelum ini aku berjaulah ke spain dan turkey untuk meneroka kisah2 Islam di sana,tp di london, apa yang aku cari? tapi aku cuba memujuk hati untuk meneruskan juga ke sana, memandangkan semuanya telah diuruskan dan dirancang. aku cuba mencari manfaat2 yang bakal aku peroleh disana. cuba menenang hati yang resah. alhamdulillah.. akhirnya aku sudah pun melalui hari2 di london dengan selamatnya. Allah akan berikan apa yang kita cari..semuanya bergantung kepada niat kita.alhamdulillah. =) pulang ke dublin, hatiku melonjak riang menghitung hari2 yang tinggal sebelum aku bertolak balik ke malaysia.. x sabar rasanya..

semoga hari2 di malaysia nanti dapat dimanfaatkan sepenuhnya. dan semoga segala-galanya dipermudahkan insyaAllah. banyak perkara yang perlu dilakukan. semoga aku tidak menjadi futur seperti tahun lalu. selamat bermujahadah!  

Thursday, May 13, 2010

cuti oh cuti~ ^o^

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

cuti oh cuti, alhamdulillah sudah 3 hari exam selesai. sekarang aku hanya mampu b erdoa dan bertawakkal kepadaNya, semoga semunya ok, walaupun exam kali ini sangat lah mencabar. huhuhu..

aku hanya ada 2 minggu di dublin aftr exam, b4 blik malaysia. dulu terasa 2 minggu itu sangatlah lama, rase macam nk blik malaysia right aftr exam je.huhu.. tp rupa-rupanya, 2 minggu itu sangat lah singkat, banayk benda yang perlu dilakukan b4 balik. bila tengok balik calendar,,wah, full!! next week will be going to london insyaAllah. setelah 2 tahun kt cni, ni la baru berpeluang nk ke london. sebelum ni dah bnyk kali sampai london, tp kt airport je.hoho..

mengenangkan hari2 yang masih ada di dublin ini, terasa sedih pula nk blik. terasa berdebar-debar pon ada nk balik malaysia. mengenangkan summer last year aku gagal mengawal diriku, begitu mudah rapuh. benteng yang dibina tidaklah begitu teguh.huhu.. bagaimana pula kali ini? sudah kukuhkah benteng itu? ya Allah, berikanlah aku kekuatan..semoga aku terus tsabat dijalan ini.amin.. 

tp aku sangat rindukan mak ayah adik2 sume..wuaaaaaaa!!! rasa macam nk terbang blik sekarang pon ade..huhuhuhu..











Sunday, April 25, 2010

missing her so much..

Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Penyayang..


sejak kebelakangan ini, aku asyik terkenangkan seseorang yang pernah muncul dalam hidupku, yang sangat bermakna buat diriku. mungkin kita akan dipertemukan lagi insyaAllah..perkenalan kami hanyalah beberapa bulan, tapi aku dapat rasakan ukhuwwah yang terbina sangat erat, sangat manis.
Dia sangat mengambil berat akan diriku, dan juga rakan-rakanku juga. Dia cuba mendekatiku.. aku tidak menolak, tapi aku tidak pandai untuk melahirkan perasaanku dengan perbuatan, atau dengan kata2. ia hanya tersimpan dan terbuku dihatiku. tidak mampu untuk aku luahkan. Dia sungguh sabar melayan kerenahku, kenakalanku, kedegilanku..


aku sangat sayangkannya, tapi aku tidak pernah melafazkannya.
aku sentiasa ingin beliau disisiku, namun tak pernah aku pinta.
aku ingin berkongsi cerita dengannya, tapi aku tidak berani.
lidahku kelu, tidak mampu diucapkan apa yang terbuku dihati.
sungguhku kesali kerana masa bersamanya yang terlalu singkat itu tidak dapat aku gunakan sebaik-baiknya..
namun kini, dia sudah tiada disisiku. sudah setahun dia meninggalkanku. walau dia berada jauh dimata, namun dia tetap dihatiku..


kurindukan senyumannya,
kurindukan kata2 nasihat dan semangat darinya,
kurindukan pelukannya,
kurindukan segala-galanya tentang dirinya..
kadangkala aku tertanya-tanya, siapalah aku dimatanya? mungkin hanyalah seorang kanak-kanak yang pendiam, yang degil, yang hanya ingin didunianya sendiri..huhu
semoga kita akan dipertemukan lagi di masa hadapan InsyaAllah..
maafkanku diatas segala kesilapan dan kekurangan diriku..


love u so much kak tehah!!
this song is specially dedicated to you.. =)
   

Saturday, April 17, 2010

usah diungkit kembali..


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

usah diungkit kembali..usah disebut lagi..usah difikirkan kembali..jahiliyyah itu..harus dibuang sejauh-jauhnya. bukan senang mahu membuang jahiliyyah2 yang ada pada diri. karat2 jahiliyyah itu sungguh degil sekali untuk ditanggalkan. bila dah berjaya buang, usahlah kita mengingatinya kembali, risau ia akan kembali "membiak" lagi. 

jika dahulu, aku masih lagi ragu2 untuk mengikis jahiliyyah yang ada. kenapa? kerana ia sudah sebati dengan hidup? kerana sudah biasa melakukannya? kerana orang lain pun melakukannya? masih sayang pada jahiliyyah itu? sedikit demi sedikit, aku cuba sedaya upaya untuk mengikis karat2 yang sunguh tebal itu.  sungguh sukar sekali. hampir berputus asa melakukannya. dan aku melakukannya dengan sangat perlahan, masih sayang mahu meninggalkan semua itu. astaghfirullah..

tapi, sampai bila aku nak buat dengan perlahan-lahan? belum sempat karat lama hilang sepenuhnya, karat baru pula muncul..peringatan buat diruku yang masih bermain-main ini,karat2 jahiliyyah itu perlu disental sekuat-kuatnya! dibuang jauh-jauh.. dan usah dikenang kembali.. mulakan hidup baru tanpa jahiliyyah-jahiliyyah itu..berjuanglah bersungguh-sungguh melakukannya..

ya Allah..berikanlah aku kekuatan..




 
Copyright the butterfly 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .