bismillah..
mentari yang duhulunya sungguh riang menyinar, kini ia sudah tiada. suasana suram kembali datang.
daun2 yang dahulunya menghijau, kini ia mula kekuningan dan berguguran ke tanah, sehelai demi sehelai.
cuaca panas yang dahulunya sungguh selesa, kini ia bertukar menjadi sejuk yang mencucuk ke tulang.
itulah perubahan musim yang telah ditetapkan Ilahi.
namun..
biarlah hati ini sentiasa bersinar, jangan sesekali ia suram.
Hidup ini tidak seperti air yang diletakkan di dalam besen yang diletakkan di dalam rumah, sentiasa tenang.
Sebaliknya, ia seperti air di tasik. Kadangkala ia tenang, kadangkala ia berkocak ditiup angin dan juga disebabkan ikan-ikan yang berenang-renang di dalamnya.
Seringkali kita akan berasa sungguh tenang apabila tiada dugaan yang melanda hidup kita. Tetapi, bagaimanakah reaksi kita apabila musibah itu datang melanda hidup kita yang sedang asyik menikmati ketenangan itu?
Ingatlah wahai diriku dan sahabat-sahabat sekalian, setiap dugaan yang didatangi olehNya itu disertai dengan hikmah-hikmahnya yang tersendiri. Allah tidak akan menimpakan sesuatu dengan sia-sia, semuanya ada tujuan. Mungkin sebelum ini kita kurang mengingatiNya, kita lebih memikirkan hal-hal dunia. Lalu ujian-ujian itu ditimpakan kepada kita supaya kita lebih mengingati sang Pencipta kita. Mungkin juga ujian itu ditampakan atas balasan perbuatan kita yang kurang baik sesama manusia. Dugaan-dugaan itu juga adalah untuk menguji tahap keimanan kita, dan sejauh mana kita mampu bersabar menghadapinya. Seperti yang telah dikatakan olehNya didalam surah Muhammad ayat ke 31;
“Dan sungguh, Kami benar-benar akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar diantara kamu; dan Kami akan uji perihal kamu.”
(47:31)
marilah kita sentiasa bermuhasabah diri kita, dan sentiasalah mengingati Allah dalam apa jua keadaan tanpa mengira waktu dan tempat. Bukanlah hanya mengingati Allah ketika waktu-waktu sukar itu sahaja, melupakanNya apabila senang. Senang itu juga nikmat yang dikurniakan olehNnya juga. Ayuh!




No comments:
Post a Comment