Wednesday, February 17, 2010

al kahfi, 18:28

just nak share satu ayat, al kahfi, 18:28

"dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredhaan Allah semata-mata dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia dan janganlah engkau mematuhi orang yang kami ketahui hatinya lalai daripada menngingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam al Quran, serta dia menurut hawa nafsunya dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran."

ingatan buat diri sendiri juga. hmm..sudah terang lagi bersuluh, Allah telah menyuruh kita untuk berdampingan dgn org2 yg sentiasa mengingati Allah, bukan menjauhi org2 ini. kalau kita selalu berdampingan dgn mereka, insyaAllah kita pon akan  terikut-ikut dengan mereka. merekalah yang diharapkan untuk menegur perbuatan kita yang kadang2 kita x sedar macam x betul sikit, ada yang x kena, terus-terusan melakukan maksiat. kita ni kan mudah lupa, kena selalu diperingatkan.

analoginya, kalau kita berkawan or tinggal dengan org yang membuat perfume, mestila kita pon akan terlekat sikit bau2 wanginya tu. berbeza pula kalau kita tinggal dengan org yg membuat besi, bau wangi ke yg melekat kat kita? (bukan nk hina org yang buat besi, hanyalah sebagai contoh.huhu..)

berbalik kepada ayat tadi, Allah juga dah pesan kepada kita, jangan menjauhi golongan itu, semata-mata nk menikmati kesenangan dunia ni. kadang2 kita sengaja nk menjauhi mereka sebab nanti x boleh la nk buat sesuatu sesuka hati, asyik tegur je... ni perkara yang selalu terjadi..huhu.. marilah kita sama2 memperbaiki diri..

No comments:

Post a Comment

 
Copyright the butterfly 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .