Tuesday, March 16, 2010

Barcelona! day 2


8 mac, ahad- hujan renyai2 masih turun sejak malam semalam. aku mula risau jika ahli2 lain tidak selesa dgn perancanganku ini, memandangkan tpt2 yg akan dilawati hari itu semuanya open air, kecuali barcelona stadium. namun, hanya 4 org yg berminat utk memasuki museum dan stadium tour itu. ngee~~ 



kemudian, kami bergerak pula ke parc guell. aku terpesona melihat bangunan yg dibina oleh Gaudi itu. taman yg sangat menarik dan indah. namun, hujan yg turn sejak pagi tadi itu telah bertukar menjadi salji. salji2 putih yg turun makin lebat dan besar2 pula ketulannya. sungguh tidak percaya snow akan turun di barcelona pada waktu begini. menurut org tempatan, itulah salji pertama selepas 5 tahun! subhanallah..dengan hanya memakai sweater nipis dan tangan yg tidak ditutupi oleh gloves, kami mggigil kesejukan yg dahsyat itu.huhuhu..seluruh taman itu diselimuti oleh salji putih yg sungguh indah pemandangannya. Allah yg berkuasa menurunkan salji di tempat dan waktu yg Dia kehendaki. Alhamdulillah, niat seorang daripada kami ini utk merasa snow buat pertama kalinya dimakbulkan oleh Allah di bumi Barcelona ini, memandangkan dia pulang ke Malaysia ketika org laen bermain2 dgn snow winter lepas. huhu..






parc guell


"sungguh mencabar hari ni" hati ku berkata. kami turut singgah sebentar di sagrada familia utk bergambar sahaja. namu tidak bnyk gambar cantik yg diperolehi kerana hampir semua lense kamera kami dikaburi oleh snow..sagrada familia, gereja yg sagt besar masih dalam pembinaan sejak lebih 100 tahun lalu, dan berpuluh2 tahun lg baru akan siap. siapa yg mereka design ini?-Gaudi lagi. umik sungguh gereja itu. 


tamatlah sudah kembara barcelona selama 2 hari. kami pon pulang ke hostel utk mengambil bag dan mahu bertolak ke airport dan bermalam di airport utk menunggu flight kami ke granada pada pkol 6.30 pg. namun, memandangkan semua org sudah basah kuyup dan kesejukan, risau pula utk bermalam di airport, nnt ada yg demam pula. so kami mengmbil keputusn utk bermalam di hostel tersebut. namun, tiada pula bilik yg kosong.huhu..aku sudah mula risau, nk kne cari hostel lain pula di masa salji tgh lebat turun. tanpa berputus asa, salah seorg drpd kami bertanya lg, memandangkan staff tu bru tukar shif. kali ni. alhamdulillah, Allah menolong kami melalui abg hostel tu. melihat kami yg sedang basah dan kesejukan, dia mengizinkan kami utk mandi dan berehat di bilik single yg kosong tanpa bayaran. alhamdulillah3..air mataku menitis, x dapat menahan sebak mengenangkan pertolongan yg Allah berikan kpd kami. Allah tidak akan menguji hambaNya diluar kemampuan..

namun selepas beberapa ketika kemudian, kami menerima mesej drpd ryanair yg mengatakan flight kami ke granada telah dicancelkan. girona airport di tutup pada9 dan 10 hb krh cuaca buruk. masyaAllah..satu lagi ujian yg Allah timpakan kpd kami. panik, cemas, bimbang, sedih..perasaan bercampur baur masa tu. next plan? kami pun sepakat untk menaiki bas ke granada yg mengambil masa 12 jam, dan tiket yg berharga 79.61 euro! tidak beranni mengambli risiko utk menukar flight, risau cuaca tidak berubah.. bas bergerak pkol 12 mlm, dan waktu tu sudah pukul 9 mlm. kami mula mengemas brg dan meniggalkan hostel tersebut. waktu ni lah aku yg kegelabahan tahap maximum tidak mampu berfikir lagi. passportku dicari tidak jumpa, mula menyangka tertinggal di kedai makan td. rasa mcm nk nangis je bila terfikir passport hilang..huhu..tp rupa-rupanya, passport aku dipegang oleh receptionist td. lupa pulak..adeh~~

kami pun mula bergerak pantas ke bus station seperti yg diberitahu oleh abg hostel itu dgn menaiki metro krn xde taxi yg bekerja mlm itu. smpai shj kaunter bas di station itu, org tu ckp kami kena pegi ke staion laen lak. adeh~ salah station la plak. berlari2 lah kami mengheret luggage yg besar tu menaiki metro menuju ke station yg disebutkn itu. x sampai sejam saja tinggal sebelum bas bergerak.turun shj metro, aku dan nabila meniggalkn bag pada yg lain dan berlari ke bus station utk membeli tiket. seperti acara lari 100m aku rasa. alhamdulillah kami berjaya membli tiket dan sempat menaiki bas. macam explorace pon ade gak aku rasa. 

sungguh xkusangka sebegini rupa kami diuji. pada waktu inilah kesabaran kami semua diuji. alhamdulillah semua org mampu menghadapinya dgn tabah dan sabar dan berlapang dada..jazakumullah khairan kathira kpd semua ahli kembara! kita hanyalah merancang, namun Allah yg menentukan segala galanya, dan Dialah sebaik-baik perancang..
pengalaman yg tidak dapat dilupakan..

next-andalusia!











1 comment:

FiZZyRo$e said...

bestnyaa.. dpt jalan2,. huhuhu..

Post a Comment

 
Copyright the butterfly 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .